Semasa Sensasi Terkini

Mengadu Sakit Perut, Rupa-Rupanya Ada Belut Dalam Perut

Alangkah terkejutnya seorang doktor ketika merawat seorang pesakit yang sakit perut kronik apabila menemui sesuatu yang di luar jangkaan.

Kejadian berlaku di Guangzhou, China, apabila seorang lelaki berusia 49 tahun mengadu sakit perut yang keterlaluan. Dia dikejarkan ke hospital dan diperiksa oleh doktor. Melihat keadaan perut pesakit yang membengkak, lantas doktor melakukan pembedahan.

Ketika pembedahan dilakukan, para petugas dikejutkan dengan penemuan seekor belut sepanjang setengah meter berenang di dalam perut mangsa. Malah, lebih teruk, belut tersebut telah memecahkan ususnya dan menganggu beberapa organ lain sehingga hampir membunuhnya.

Akhirnya doktor berjaya mengeluarkan belut tersebut. Selepas pembedahan, lelaki berkenaan menceritakan perkara yang sebenar.

Menurutnya, dia pernah mendengar dalam perubatan tradisional, belut boleh merawat masalah sembelit dan mengambil keputusan untuk mencubanya.

Dia kemudian memasukkan belut hidup melalui lubang duburnya dengan harapan masalah sembelitnya berakhir. Namun sebaliknya yang berlaku dan keadaannya makin teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Macam-macam perangai manusia untuk mengubati diri sendiri. Kalau sudah tahu sembelit, kenapa tidak terus pergi ke klinik. Bukankah di klinik ada doktor yang merawat dan ubat sembelit?

Inilah jadinya kalau berlagak pandai dan mudah terpengaruh dengan apa yang didengari sedangkan belum tentu sahih keberkesanannya-KLICK.MY

Tag