Sensasi Terkini Viral

Mendebarkan, Lelaki Mabuk Ceroboh Kandang Singa

Satu video menunjukkan seorang lelaki telah menceroboh kandang singa telah tular di laman sosial. Tindakan berani lelaki tersebut, nyaris membuatkan dirinya terkorban.

Tidak dinyatakan di mana kejadian tersebut berlaku namun mendengar jeritan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut kemungkinan berlaku di India.

Dalam video tersebut, orang ramai mula menjerit melihat keadaan tegang tersebut di mana dua ekor singa menghampiri lelaki yang berada di dalam kolam dalam kandang tersebut.

Pada satu saat, kelihatan singa hampir menerkam lelaki berkenaan. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut cuba membuat bising dan melontar batu.

Namun lelaki yang menceroboh itu seakan-akan tidak mempeduli jeritan dan lontaran batu yang dibaling kepadanya dan juga singa.

Malah, lelaki berkenaan terus berdiri tegak sambil menuding jarinya kepada haiwan buas tersebut. Kemudian keadaan kembali beransur tenang setelah singa-singa tersebut mula menjauhkan diri dan lelaki berkenaan terus berenang ke arah orang ramai.

Video yang memperlihatkan aksi berani daripada lelaki itu dimuat naik di Facebook oleh ‘NTD Television’. Menurut saksi, lelaki tersebut berada dalam keadaan mabuk.-KLICK.MY

Tag