Sensasi Terkini Viral

Mencuri Semata-Mata Mahukan Iphone

Seorang wanita yang dikenali sebagai Anna Lee tergamam apabila si pencuri telefon bimbit jenama Iphonenya memberitahu bahawa dia hanya nakkan telefon Iphone sahaja dan bukannya beg tangan.

Sebelumnya, beg tangannya telah dicuri oleh seorang wanita ketika dia menunaikan solat Maghrib di sebuah surau di pusat membeli-belah.

Menyedari beg tangan yang mengandungi pelbagai barangan peribadi termasuk telefon bimbit jenama Iphone telah hilang, lantas dia menghubungi telefon bimbitnya namun terkejut dengan apa yang didengarinya.

Selain memberi alasan bahawa dia hanya mahukan telefon Iphone dan bukannya beg tangan, pencuri itu juga mengugut dengan meminta kata kunci telefon sekiranya mahu beg tangan itu semula.

Geram dan marah dengan apa yang berlaku, dia kemudian membuat laporan di kaunter polis bantuan sebelum melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam rakaman CCTV itu jelas kelihatan seorang wanita berbaju putih berlengan panjang dan bertudung merah jambu mengambil beg tangannya.

Dia juga membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada hari sama.-KLICK.MY