Semasa Viral

Pakej Istimewa Iftar Di Me’nate Steak Hub Sudah Mula Dibuka

Pasti anda pernah mendengar tentang restoran Me’nate Steak Hub yang menyediakan daging lembu wagyu terkenal.

Restoran ini pernah terpalit kontroversi gara-gara salah faham yang berlaku antara seorang artis dan peminat. Namun, kontroversi tersebut menyebabkan restoran ini tambah dikenali hinggalah sekarang.

Kini Me’nate mempunyai empat cawangan iaitu di Setapak, Ampang Jaya, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Keunikan restoran ini ialah pelanggan ditawarkan pelbagai jenis daging yang berkualiti sebagai hidangan.

Kini sempena Ramadan yang bakal tiba, Me’nate Steak Hub telah menyediakan pakej istimewa untuk pelanggan mereka.

Menawarkan pilihan daging lembu, kambing, ayam atau siakap panggang serta nasi beriyani atau pasta aglio olio; pelanggan diberikan potongan harga serta juadah percuma berupa kuih-muih tradisional, kurma, buah-buahan dan air minuman ‘free flow’.

Kepada yang berminat mahu berbuka puasa di Me’nate Steak Hub, tempahan awal sudah pun dibuka  bermula dari 3 Mei hingga 25 Mei ini. –KLICK.MY