Hiburan Sensasi Terkini

Menang Kes Saman, Maria Farida Dapat Ganti Rugi RM400,000

PELAKON Datin Maria Farida hari ini beroleh ganti rugi berjumlah RM400,000 yang perlu dibayar oleh bekas isteri suaminya dan anak-anak tiri selepas memenangi kes saman fitnah terhadapnya.

Berkaitan: “Have A Lovely Time In Kajang Prison, Darling” – Maria Farida

Hadijah Mohamed Mokhtar yang merupakan bekas isteri suaminya, Datuk Rahman Shakur, 64, didakwa berterusan melemparkan fitnah memalukan dirinya di laman sosial semenjak aktres itu mendirikan rumah tangga.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan kesan fitnah yang dilakukan oleh ahli perniagaan kosmetik itu dan pramugari, Nur Shazleen Anis Mohd. Yusoff terhadap Maria lebih-lebih lagi kedua-dua beranak  itu mempunyai ramai pengikut di Instagram masing-masing.

Tambahan pula menurut Wan Ahmad Farid, mahkamah mengambil kira sikap Hadijah yang enggan menghadiri perbicaraan sungguhpun wanita itu mengetahui berkenaan tindakan saman terhadapnya serta tidak menunjukkan rasa kesal dan insaf berhubung apa yang telah dilakukan terhadap Maria Farida.

Dalam keputusan itu, mahkamah mengarahkan supaya Hadijah membayar ganti rugi RM300,000 manakala Nur Shazleen Anis RM100,000 dan kos RM50,000.

Pelakon itu diwakili peguam Tengku Haris Tengku Rostam. Maria Farida bagaimanapun tidak hadir ketika keputusan dibuat.

Aktres tersebut memenangi kes saman itu selepas Wan Ahmad Farid pada 7 November tahun lalu memasukkan perintah penghakiman penuh ekoran kegagalan Hadijah  dan  Nur Shazleen Anis menghadiri perbicaraan selain gagal mematuhi arahan mahkamah supaya mereka memfailkan dokumen untuk perbicaraan. –KLICK.MY

Sumber: Utusan Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.