Sensasi Terkini Viral

Menakjubkan, Master Kung Fu Tarik Kereta Guna Testis

Baru-baru ini seorang ahli kung fu telah menunjukkan kehebatannya apabila berjaya menarik tujuh buah kereta hanya menggunakan testisnya (buah zakar)! Malah, dia dikatakan telah memecah rekodnya sendiri.

Ketika persembahan kehebatan testis pada Mac lalu, pakar seni mempertahankan diri, Ye Wei telah memukau orang ramai dengan menarik kesemua kereta tersebut menggunakan testisnya sejauh 26 kaki.

Menurut media di sana, acara tersebut berlangsung di wilayah Shandong. Lelaki yang berusia 39 tahun itu sebelum ini pernah menarik lima buah kereta dengan cara yang sama.

Agak-agaknya apa rahsia Ye Wei sehingga dikurniakan testis yang begitu kuat. Bayangkan berat tujuh buah kereta dan ia bukan kereta mainan tetapi kereta sebenar!-KLICK.MY

Tag