Sensasi Terkini Viral

Menakjubkan, Bayi Baru Lahir Seakan-Akan Boleh Berjalan

Menakjubkan dan ajaib buat seorang bayi perempuan yang baru lahir apabila dia kelihatan seolah-olah mampu berjalan ketika mahu dimandikan buat pertama kali.

Kejadian yang berlaku di Brazil ini mengejutkan jururawat di sebuah hospital di sana. Aksi bayi berkenaan sempat dirakam dan ia benar-benar mengejutkan.

Dalam video tersebut, kelihatan bayi itu dipegang oleh seorang jururawat dalam keadaan berdiri. Namun, yang mengejutkan kaki bayi tersebut mula melangkah setapak demi setapak seolah-olah sedang berjalan.

Keadaan itu sudah pastinya menggemparkan kerana seorang bayi memerlukan masa beberapa bulan hingga setahun untuk berdiri dan berjalan.

Menurut Daily Mail, video itu sudah ditonton lebih 50 juta kali dan dikongsi 1.3 juta kali di Facebook. –KLICK.MY