Luar Negara Semasa

Billboard Siar Video Lucah Hingga Jejas Tumpuan Pemandu Disiasat

PIHAK berkuasa tempatan di Filipina sedang menjalankan siasatan penuh ke atas insiden membabitkan tayangan video lucah di sebuah papan iklan elektronik hingga menjejaskan tumpuan pengguna jalan raya.

Datuk Bandar Makati Abigail Binay berkata, beliau sudah mengarahkan papan iklan itu ditutup serta merta sebaik sahaja maklum tentang klip memaparkan satu pasangan sedang melakukan hubungan seks muncul di skrin.

Bagaimanapun, ianya sempat dirakam beberapa pengguna jalan raya hingga insiden itu tersebar.

Video berdurasi setengah minit itu ditayangkan di papan iklan elektronik di sebuah persimpangan yang sibuk di bandar Makati, tengah hari semalam.

“Operasi papan iklan elektronik itu akan dihentikan seketika sepanjang tempoh siasatan.

“Kita akan melihat jika pemilik papan iklan itu, Globaltronics atau pekerjanya bertanggungjawab atas insiden berkenaan,” kata Binay.

Datuk Bandar Makati, Abigail Binay.

Pornografi adalah salah di sisi undang-undang Filipina, termasuk memaparkannya dalam kandungan televisyen dan filem.

Dalam pada itu laman web khusus individu dewasa, Pornhub mendakwa Filipina berada di tangga ke-13 untuk jumlah pengunjung harian teramai. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen