Sensasi Terkini Viral

Memalukan, Makcik Selamba Curi Telefon Bimbit Dalam Surau

Seorang wanita kantoi apabila perbuatannya mencuri telefon bimbit seorang pelajar di dalam sebuah surau di Melaka berjaya dikesan.

Kejadian berlaku di surau Melaka Sentral pada 28 Mei lalu ketika pelajar perempuan itu sedang menunaikan solat Asar.

Walaupun ia sudah berlaku beberapa minggu yang lepas, namun kes ini boleh dijadikan peringatan dan pengajaran agar kita berhati-hati.

Kejadian disedari oleh rakan mangsa yang melihat wanita itu pada mulanya duduk di bahagian belakang surau sambil memandang mereka.

Tidak mengesyaki apa-apa, mereka meletakkan beg di belakang. Namun setelah selesai solat, mereka dapati beg tersebut sudah hilang. Nasib baik beg tangan mereka letak di bahagian depan tempat mereka solat.

Mengesyaki sesuatu, mereka mencari wanita yang duduk di belakang tadi sekitar kawasan Melaka Sentral dan akhirya berjaya menjumpainya.

Pada mulanya wanita berkenaan tidak mahu mengaku namun setelah mangsa menghubungi telefon bimbitnya, kedengaran bunyi deringan dari beg tangannya.

Mangsa kemudian meminta wanita itu mengembalikan begnya, namun beg itu telah dibuang ke dalam tong sampah.

Mangsa bernasib baik kerana telah menemui telefon bimbitnya. Difahamkan laptop dan barangan rakan mangsa juga hilang dan dipercayai diambil oleh individu lain ketika berada di surau berkenaan.

Banyak betul penyamun yang berani menjalankan operasi mereka di dalam surau berkenaan. Dalam bulan puasa pun masih nak menyamun. Dalam surau pula tu.

Jadi, berhati-hatilah dan pastikan barangan berharga dan peribadi anda berada berdekatan ketika solat. Atau solat secara bergilir-gilir di mana salah seorang jaga barang-barang anda. –KLICK.MY

Sumber: The Reporter