Luar Negara

Melampau, Kekasih ‘Gila Like’ Sapu Cili Pada Tampon Teman Wanita!

PELBAGAI cara bodoh dan tidak masuk akal dilakukan oleh manusia zaman sekarang untuk mendapat perhatian dan tanda suka (like) di media sosial.

Orang seperti ini tidak memikirkan kesan daripada apa yang dilakukannya semata-mata mahu mendapat ‘like’.

Itulah yang dilakukan oleh seorang YouTuber, Brad Holmes kepada teman wanitanya.

Dia menggosok cili pada tampon yang akan digunakan oleh teman wanitanya, Jenny dan bertindak merakam tindak balas pasangannya itu yang menjerit kesakitan.

Dia kemudiannya memuat naik video tersebut supaya dapat ditonton oleh dua juta orang dalam talian.

Pada masa itu, ia dilihat sebagai satu gurauan, tetapi ia adalah salah satu contoh trend baharu yang dikenali sebagai ‘cloutlighting’, yang mana lelaki melakukan gurauan melampau terhadap pasangan mereka dan kemudian merakamkan reaksi sedih semata-mata mahu mendapatkan banyak ‘like’ di media sosial.

Ungkapan ini adalah kombinasi perkataan ‘gaslighting’ yang mana seorang pelaku memanipulasi maklumat fakta sehingga mangsa ragu dengan diri sendiri dan perkataan ‘clout’ pula mempunyai kaitan dengan pengaruh media sosial.

Semakin melampau video yang dirakam, lebih banyak ‘like’ dan tontonan yang terima, sekali gus meningkatkan skor pengaruh mereka di internet.

Klip yang paling baharu termasuklah seorang wanita diberitahu kucingnya telah mati, manakala seorang lagi wanita dipanggil hodoh oleh teman lelakinya yang kemudian mengaku kononnya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Walaupun ramai bintang media sosial yang menyiarkan video-video seperti ini dikatakan melakukannya dengan persetujuan pasangan, pakar dari badan amal hubungan menyatakan kebimbangan bahawa penyalahgunaan boleh berlaku apabila kamera dimatikan.

Meletakkan biji cili pada tampon teman wanitanya, Brad, 27, yang terkenal dengan video-video gurauan kasar dengan Jenny yang sekarang telah menjadi tunangnya mempunyai lebih 250,000 pelanggan di akaun YouTubenya.

Dia kerap menyiarkan kandungan yang memalukan pasangannya, memanggilnya gemuk, memotong segumpal rambutnya semasa tidur dan berpura-pura membuat lamaran kemudian membuat rakaman reaksi sedih.

Walau bagaimanapun, video tampon tahun 2016 itu lebih dari mengejutkan.

Dia kemudian merakam dirinya sedang ketawa ketika Jenny berteriak kesakitan dan berusaha keras membasuhnya.

Video itu tular tetapi tidak lama kemudian ditarik dari laman web selepas orang ramai membuat aduan tentangnya.

Bercakap kepada Sun Online Ammanda Major dari badan amal perhubungan berkata: “Meletakkan sesuatu dalam vagina tanpa izin adalah penyalahgunaan dan seorang wanita boleh mempersoalkan tentang keselamatan mereka dalam hubungan.”

Pasangan itu mengumumkan perpisahan beberapa bulan kemudian, tetapi kini kembali bersama dan dilaporkan terlibat dengan video terbaru Brad, yang dimuat naik di Facebook pada Oktober, menunjukkan dia kentut di wajahnya. –KLICK.MY