Terkini Viral

McDonald’s Malaysia Nafi Jual Nugget Secara Atas Talian

AWAL Februari lalu, tular di media sosial tentang penjualan nugget yang didakwa 100 peratus sama dengan McNuggets yang dijual di McDonald’s oleh kumpulan peniaga di laman Facebook.

Salah seorang peniaga yang menawarkan nugget berkenaan turut mengakui bahawa dia mengambil sendiri stok makanan berkenaan daripada pembekal rasmi rangkaian restoran popular itu iaitu MacFood.

Dia turut menggesa pelanggan supaya membeli dan mencuba sendiri nugget berkenaan bagi memastikan ianya adalah McNuggets asli.

Walaubagaimana pun, pihak MacFood ternyata menafikan dakwaan itu. Menurut mereka, nugget berkenaan dikeluarkan eksklusif untuk McDonald’s sahaja dan tidak dijual kepada pihak lain.

Berikutan itu, McDonald’s Malaysia turut tampil memberikan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Menerusi satu kenyataan ringkas kepada mStar Online, McDonald’s Malaysia menafikan nugget yang dijual oleh peniaga atas talian itu merupakan nugget sama yang dijual di rangkaian restoran mereka.

“Berdasarkan pembungkusan pek nugget dalam posting Facebook yang disiarkan, kami boleh sahkan bahawa nugget tersebut bukan nugget yang dibuat eksklusif oleh MacFood Services (M) untuk McDonald’s Malaysia,” demikian kenyataan yang dikeluarkan.

Menerusi kenyataan sama, McDonald’s memaklumkan pihaknya sedang giat membuat pemantauan untuk tindakan selanjutnya.

Menerusi posting terbuka di laman Facebook, nugget berkenaan dijual pada harga RM25 sekilogram dengan setiap paket mengandungi 50 ketul hidangan itu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.