Hiburan Terkini

Mata Bernanah & Kornea Menipis, Liza Abdullah Syukur Tak Buta

HAMPIR buta, pelakon senior Liza Abdullah bersyukur apabila dia cepat melakukan rawatan terhadap matanya yang mempunyai masalah kornea menipis dan bernanah.

Menurut Liza, 53, mata kanannya tidak boleh dibuka dan doktor di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh memberitahunya kebimbangan andai tidak dirawat matanya akan rosak teruk.

“Kalau buta, apa lagi mampu saya lakukan. Saya reda andai ini ketentuan Allah,”

“Selepas menjalani rawatan, penglihatan mata saya semakin baik walaupun terpaksa menahan sakit beberapa hari.

“Cuma nanah di bahagian tepi mata masih ada namun tidak menganggu penglihatan,” katanya.

Liza berkata, masalah itu berpunca disebabkan penggunaan kantap lekap terlalu lama selain kekerapan menggunakan penipis mata.

“Selain itu, rehat tidak mencukupi juga mendorong masalah ini bertambah teruk,” katanya.

Liza turut memuat naik ucapan terima kasih yang ditulis anaknya di laman Instagram.

Anggota badan seorang pelakon itu merupakan assetnya untuk berkarya, semoga kesihatan Liza bertambah baik dan boleh kembali berlakon. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.