Hiburan Sensasi Terkini Viral

Mat Dan Pilih Gadis Melayu Sebagai Isteri

Wah, dalam diam-diam pengacara ‘Mat Dan Kaki Jalan’ telah selamat bertunang dan berkahwin dengan gadis Melayu! Jejaka Inggeris ini popular kerana kefasihannya berbahasa Melayu loghat Terengganu.

Kalau dulu dia jatuh hati pada negeri Terengganu, kini dia jatuh hati pula pada gadisnya. Majlis yang dihadiri oleh kedua ibu bapa Mat Dan berlangsung penuh kesederhanaan di Bukit Chendering.

Mat Dan atau nama penuhnya, Kareef Daniel Abdullah tidak menghebohkan majlis pertunangan dan perkahwinannya itu namun ia bocor juga apabila gambar sekitar majlisnya tersebar di laman sosial.

Bukan mudah orang popular mahu menyembunyikan sesuatu perkara. Setiap perkara yang dilakukan sama ada baik atau buruk, pasti menjadi buruan pihak media dan peminat.

Namun pada majlis tersebut, segak sekali Mat Dan berpakaian lengkap baju Melayu. Manakala pihak perempuan pula berbaju kurung biru bertudung ungu lembut.

Dapat juga dilihat menerusi gambar yang tersebar Mat Dan dan ibu, Nicol Tyler dan bapa, Kevin Tyler sedang bergambar. Malah ada juga gambar ibunya sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya.

Namun, identiti isteri Mat Dan tidak dapat didedahkan atas permintaan keluarga yang mahu menjaga privasi masing-masing.

Moga perkahwinan ini sampai ke hujung nyawa. Jangan lupa bagi tahu kami kalau nak dapat anak nanti. Mesti anak mereka comel dan sudah tentu pandai cakap loghat Terengganu. Tak gitu!-KLICK.MY