Hiburan Sensasi Terkini

Mark Adam Kongsi Hadiah Kemenangan Dengan Peserta Lain

MALAM tadi telah berlangsung pertandingan akhir rancangan Super Bintang Bersama Bintang (SBBB) 2018 yang diadakan secara langsung dari Sri Pentas 2 menerusi TV3.

Pertandingan diadili juri tetap Saiful Apek dan juri jemputan Fasha Sandha. Penghakiman mereka mewakili 70 peratus manakala selebihnya undian atas talian.

Pusingan awal yang dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang 2018 adalah medan peperangan lawak era baharu yang menonjolkan cabaran enam peserta iaitu Ajak, Issey, Mark Adam, Achey, Shuk dan Abam.

Namun, Abam menjadi peserta tunggal yang tersingkir.

Penyanyi Mark Adam dinobatkan sebagai juara dan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi.

Seperti yang dijanjikan, Mark mengejutkan orang ramai dengan mengumumkan bahawa dia akan membahagikan RM60,000 daripada RM100,000 hadiah wang tunai tersebut kepada empat peserta lain.

“Terima kasih kepada semua. Saya nak cakap, saya rasa rezeki ini perlu dikongsi dengan empat lagi peserta yang bertanding,” kata Mark Adam selepas diumumkan sebagai juara.

Ini bermakna Achey, Ajak, Shuk dan Issey akan menerima RM15,000 setiap seorang. Wah, semoga rezeki Mark selepas ini semakin bertambah.

Bermula sebagai penyanyi, rezeki Mark dalam bidang lawak dilihat semakin murah dan diterima ramai.

Lawak selamba dan semula jadi yang ditonjolkan oleh Mark, membantu dia memenangi pertandingan semalam. –KLICK.MY

Foto: BH Online / Instagram

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.