Terkini Viral

Marahkan Neelofa, Wanita Bakar Koleksi Tudung Miliknya

KONTROVERSI isu pelancaran tudung milik pelakon dan pengacara Neelofa di sebuah kelab malam pada minggu lalu masih belum reda.

Rata-rata netizen mengecam tindakan berkenaan kerana dianggap tidak sensitif dengan tudung itu sendiri yang melambangkan identiti Islamik yang tidak sesuai dengan tempat maksiat.

Kali ini seorang wanita dikenali sebagai Anne Zuraini yang dipercayai berasal dari Melaka, menzahirkan rasa kecewanya dengan membakar beberapa helai koleksi tudung jenama Naelofar Hijab miliknya.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, wanita berkenaan menyatakan sebab utama perlakuannya itu.

Menurutnya, dia merupakan peminat Neelofa sebelum ini namun selepas kontroversi tersebut segala-galanya telah berubah.

Video yang dimuat naik itu menyaksikan dia membakar kesemua tudung yang dibelinya.

Pelbagai reaksi dan komen dapat dilihat daripada netizen yang menonton. Ada yang menasihati jangan dek kerana nyamuk, habis kelambu dibakar.

Namun, Anne membalas pertanyaan dan kecaman yang dilontarkan dengan menyatakan beberapa sebab dia bertindak sedemikian.

Terpulanglah kepada persepsi masing-masing. Kalau rasa tudung itu mahal, simpan sahaja atau berikan kepada orang lain. Kalau sebaliknya, jadilah seperti Anne. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.