Sensasi Terkini Viral

Mangsa Lemas, Bapa Sangkal Tuduhan Anaknya Mahu Selamatkan Motor

Tular di laman sosial sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki dihanyutkan arus deras banjir berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua Jalan Hulu Langat.

Mangsa yang dikenali sebagai Taufik Alias, 24, kelihatan sedang memakai topi keledar bewarna putih dan berbaju biru cuba menyelamatkan motornya sebelum dihanyutkan oleh arus deras.

Mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada yang menuduh lelaki berkenaan cuba menyelamatkan motornya yang dibawa arus deras telah menyebabkan keluarga ini tersinggung.

Semalam, bapa mangsa, Alias Sagi, telah tampil menyangkal tuduhan segelintir netizen berkenaan.
Menurut Alias, dia telah mendapat cerita sebenar daripada seorang lelaki yang ada di dalam video yang cuba menyelamatkan Taufik.

“Seorang lelaki bernama Wan yang cuba selamatkan anak saya itu beritahu, sebenarnya dia bukan cuba selamatkan motor, dia cuba lepaskan diri dia dari motor yang hanyut itu, dia memang cuba lepaskan diri dia, tapi mungkin seluar tersangkut.”

“Jika kita lihat dari atas (video) seolah-olah dia sayangkan motor, sebenarnya dia cuba nak lepaskan dirinya, lelaki yang cuba selamatkan dia itu hanya sekaki lagi nak capai,” jelasnya.

Menurut abang mangsa, Mustakim Alias menyatakan yang adiknya itu adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya tujuh tahun lalu.

Kemalangan berkenaan telah membuatkan Taufiq mengalami gangguan mental dan fizikal.

Manakala pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor sudah mengerakkan tiga unit bot penyelamat ke kawasan yang masih ditenggelami air di Hulu Langat untuk operasi mencari yang disambung pagi ini.

Terbaharu, dikhabarkan motosikal mangsa telah ditemui.–KLICK.MY