Gaya Hidup

Mangsa Dobi Layan Diri Meletup Akhirnya Meninggal Dunia

SETELAH hampir dua minggu kejadian dobi layan diri 24 jam di Jalan 3E, Bandar Putera 2, Shah Alam meletup sehingga menyebabkan seorang lelaki dan anaknya cedera, akhirnya salah seorang mangsa meninggal dunia pagi semalam.

Kejadian dikatakan berpunca daripada masalah teknikal pada mesin pengering yang menyebabkan api menyambar bahagian belakang yang menempatkan tong gas.

Berkaitan: Dua Beranak Cedera, Mesin Pengering Pakaian Dobi Layan Diri Meletup

Mangsa, Badrul Niezam @ Maidin, 43, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 8.30 pagi ketika dirawat di situ.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata pihaknya menerima maklumat daripada anak mangsa pada jam 9 pagi mengenai bapanya yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan.

“Doktor mengesahkan kematian mangsa pada jam 8.30 pagi. Punca kematian akibat terbakar serius sebanyak 73.5 peratus dengan kegagalan pelbagai organ badan,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Amar berkata, anak mangsa sudah dipindahkan ke Hospital Selayang pada 8 Oktober lalu dan keadaannya dilaporkan bertambah baik.

Katanya, mangsa kini sudah boleh makan dan minum selain sedang menjalani rawatan kulit. –KLICK.MY

Sumber: Berita Harian Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.