Terkini Viral

Pulau Langkawi Disebut Dalam Drama Bersiri Star Trek

SESUATU yang membanggakan dan menggembirakan sebagai rakyat Malaysia apabila nama negara disebut dalam drama atau filem antarabangsa.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan salah satu dialog yang dilontarkan oleh pelakon terkenal kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dalam siri televisyen sains fiksyen terbitan Amerika Syarikat, Star Trek: Discovery menyebut nama Pulau Langkawi.

Dalam drama tersebut, Michelle memegang watak sebagai Kapten Philippa Georgiou.

Ketika ditanya berasal dari mana, dia menyebut berasal dari Pulau Langkawi, Malaysia.

Justeru, ia membangkitkan kegembiraan di kalangan penduduk Pulau Langkawi dan klip videonya telah tular di media sosial.

Walaupun babak itu hanya sekejap, namun ia memberi impak yang berkesan untuk mempromosi Malaysia khususnya Pulau Langkawi.

Selain menjadi destinasi pilihan untuk pelancong dari seluruh dunia, Pulau Langkawi yang kaya dengan keindahan semula jadi menjadi lokasi pilihan bagi penggambaran filem oleh pembikin filem dan pengeluar siri televisyen dari dalam dan luar Malaysia. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen