Sensasi Terkini Viral

Malang Tidak Berbau, Lelaki ‘Dilanggar’ Burung Ketika Menaiki Roller Coaster

Biasanya kita mendengar pelanggaran dengan burung yang sedang terbang melibatkan kapal terbang dan peluncur angin.

 

Namun berbeza di Sepanyol apabila seorang lelaki yang sedang menaiki roller coaster pada kelajuan 180km/j telah ‘dilanggar’ oleh seekor burung yang dipercayai burung merpati.

 

Pada hari kejadian, menurut Viral Video Club, lelaki berkenaan memutuskan untuk mencabar dirinya menaiki roller coaster di PortAventura Park.

Dalam rakaman video, menunjukkan dua orang lelaki duduk di paling hadapan. Seperti biasa masing-masing berada dalam keadaan teruja dan menahan ‘seram’ kelajuan maksimum roller coaster tersebut.

 

Ketika ia bergerak laju, tiba-tiba kelihatan sesuatu yang sedang terbang melanggar leher lelaki yang duduk di sebelah kanan.

Rakaman tersebut menunjukkan benda yang terbang itu adalah seekor burung yang secara tidak sengaja terlanggar lelaki berkenaan.

 

Terkejut dengan kejadian tersebut, dia memberitahu rakannya yang berada di sebelah. Kelihatan mukanya cedera dan berdarah akibat impak pelanggaran tersebut.

Namun, nasib baik kecederaannya tidak serius dan burung tersebut terus terbang seperti biasa.

 

Tak sangkakan, naik roller coaster pun boleh berlanggar dengan burung. Inilah orang kata malang tidak berbau.-KLICK.MY

Sumber: Stomp