Semasa Sensasi Terkini

Malang, Lelaki Sukar Bernafas Gara Gara Ikan Masuk Kerongkong

Seorang lelaki di India mengalami detik-detik mencemaskan apabila seekor ikan ‘berenang’ masuk ke dalam kerongkongnya sehingga dia sukar untuk bernafas dan bercakap.

Mangsa yang dikenali sebagai Santos Dash sedang memancing di sebuah kolam apabila mata pancingnya berjaya mengena seekor ikan.

Ketika dia baru sahaja mahu mencabut mata kail, ikan yang ditangkapnya terlepas dan melompat memasuki mulutnya secara tidak sengaja.

Ikan tersebut merontan-ronta dan memasuki kerongkongnya menyebabkan dia sukar bernafas.

Orang ramai yang kebetulan berada di lokasi kejadian kemudiannya membawa Dash ke hospital berdekatan tetapi pasukan perubatan gagal mengeluarkan ikan tersebut.

Kemudian dia dipindahkan ke Hospital Appolo di Bhuwaneshwar yang terletak kira-kira 200 kilometer dari kampungnya di Podadhia dan doktor di sana berjaya mengeluarkan ikan itu menggunakan penyepit khas.

Pemeriksaan lanjut mendapati tekak Dash mengalami luka teruk akibat terkena sirip tajam ikan.

Dia kini dalam proses pemulihan dan perlu memakai tiub hidung selama 10 hari sehingga benar-benar pulih. –KLICK.MY