Semasa Terkini

Makcik Beraksi Erotik Dengan Pisang Dikecam

Bukan main lagi makcik sorang ini bergaya erotik dengan sebiji pisang. Sudah tiada kerja nak dibuat gamaknya sehingga sanggup beraksi sedemikian.

Kalau anak muda bolehlah juga diterima akal tetapi ini sudah memasuki usia emas, nampak tidak senonoh dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Aksi makcik ini menjadi tular di Facebook dan rata-rata netizen geli geleman dengan aksi yang dipamerkan. Pandai pula dia beraksi di hadapan kamera yang mungkin diletakkan di atas meja atau kerusi.

Namun, tidak diketahui sama ada makcik ini adalah orang Malaysia atau warga negara jiran.

Dalam video berdurasi 1 minit 42 saat, kelihatan makcik tersebut menghisap muncung pisang sambil membuat isyarat bagus dan menjelirkan lidahnya.

Tidak diketahui apa motif dia melakukan aksi demikian rupa. Malah, dalam video itu juga kelihatan seorang lelaki sedang duduk di kerusi roda sekaligus menimbulkan tanda tanya hubungannya dengan makcik berkenaan.

Pelbagai tohmahan dan spekulasi dilemparkan malah ada yang mendakwa makcik ini sudah lama tidak mendapat nafkah batin daripada suaminya. Hahaha…tak tahu nak marah atau nak gelak dengan komen-komen netizen.

Tak pasal-pasal makcik ini menjadi popular kerana video tersebut mendapat tontonan lebih 225,000 kali sejak ia dimuat naik semalam.

Teringat pula kisah pasal beberapa batang mentimun yang dijumpai dalam pawagam di Australia selepas sebuah filem ghairah, Fifty Shades Darker ditayangkan.

Dengarnya, timun-timun itu adalah gimik dari pihak pawagam untuk melariskan jenamanya. Macam-macam perangai manusia kan! -KLICK.MY