Semasa

Makan Coklat Boleh Kurus!!!

Ternyata dengan makan coklat boleh jadi salah satu cara untuk kurus dalam masa tiga hari. Wah, pasti ramai yang berminat untuk tahu!

Nanti dulu, jangan tergesa-gesa mengambil dompet untuk terus ke kedai. Sebelum bertindak apa-apa, kita lihat klip video di bawah.

Pendapat ini juga turut disokong oleh Dr. Mercola. Menurutnya coklat gelap atau dark chocolate paling kaya anti oksidannya.

“The health benefits of dark chocolate are all the rage right now, with increasing numbers of studies pointing to its rich concentrations of beneficial antioxidants and polyphenols.

This applies particularly to dark chocolate because it contains a higher concentration of cacao seeds than milk chocolate, and therein lies the secret to its health-promoting powers”.

Namun begitu, perlu diingat bukan semua coklat ya. Pilih coklat yang kadar kandungan gulanya paling sedikit seperti coklat asli atau coklat gelap (dark chocolate).

Kalau anda nak tahu, dark chocolate memiliki kandungan biji coklat (koko) yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% mengandungi koko. Dark chocolate memiliki kandungan koko atau biji coklat terbanyak, tanpa banyak gula dan tanpa lemak tepu atau minyak sayur terhidrogenasi (HVO).

Sekarang sudah tahukan? Jadi, kalau nak beli coklat kena tahu kandungannya terlebih dahulu. Nanti tak pasal-pasal pula daripada nak kurus terus jadi double size.-KLICK.MY

 

Tag