Luar Negara Terkini

Majikan Pemurah Beri Bonus Ribuan Ringgit Kepada Setiap Pekerja

BERTUAH sungguh para pekerja di sebuah syarikat pembuatan besi di timur China kerana telah menerima bonus sebanyak 32,000 yuan atau RM19,840 setiap seorang.

Majikan yang boleh dikatakan paling pemurah di dunia itu memperuntukkan sebanyak 160 juta yuan atau RM99.19 juta untuk 5,000 pekerjanya.

Apa yang lebih mengejutkan, bonus tersebut diberi secara tunai kepada setiap orang!

Media tempatan melaporkan, syarikat Fangda Special Steel Technology yang berpangkalan di sini menyerahkan bonus itu kepada pekerjanya pada Khamis lalu.

Sebelum ini, sebuah lagi anak syarikat itu turut menjadi tular di Internet selepas memberi bonus kepada pekerjanya secara tunai.

Bagaimanapun, pekerja di bahagian pengurusan dikecualikan daripada menerima bonus itu.

Bonus itu diberikan selepas pengeluaran dan keuntungan syarikat itu mencecah tahap tertinggi pada tahun lalu.

Syarikat itu memberikan bonus kepada pekerjanya berjumlah 600 juta yuan (RM372 juta) sejak 2011.

Firma itu turut memberikan wang tunai berjumlah 3,000 yuan (RM1,859) kepada pekerja yang bersara dan berusia lebih 60 tahun.

Harga besi melambung tinggi pada tahun lalu menyebabkan syarikat besi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Usaha kerajaan untuk mengurangkan kapasiti pengeluaran ketika permintaan tinggi terhadap besi menyebabkan harga meningkat.

Inilah orang kata kalau sudah rezeki tidak akan ke mana. Kalaulah ada majikan seperti ini di Malaysia, alangkah bertuahnya. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.