Gaya Hidup Terkini

Mahu Kening Cantik Tetapi Akhirnya Dapat Kening ‘Sin Chan’

WANITA dan kecantikan ibarat isi dan kuku. Golongan ini sanggup lakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik.

Namun pengalaman pahit seorang wanita dari Thailand mungkin menjadi pengajaran berguna dalam hidupnya.

Gambar sebelum dan selepas dia mendapatkan khidmat seorang artis tatu kurang berpengalaman, menjadi tular di media sosial.

Gambar tersebut menunjukkan bahagian keningnya kelihatan seperti kening ‘Sin Chan’ (watak kartun popular Jepun).

Kanyarat Chaichan, 26, menjadi bahan jenaka selepas artis tatu melukis bentuk keningnya tidak seperti yang diharapkan.

Sebelum insiden berkenaan dia menggunakan teknik solekan untuk menghasilkan kening yang lebih pekat dan tebal.

Namun selepas keningnya rosak gara-gara ditatu silap, dia tidak mempunyai bajet untuk membaiki semula bahagian keningnya itu.

Mujurlah seorang pakar kecantikan yang tersentuh dengan kejadian yang menimpanya telah bermurah hati untuk menanggung kos rawatan bernilai RM6,000 yang dijalankan di Surat Thani pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun Chaichan perlu menunggu selama enam bulan untuk melihat hasil rawatan laser tersebut benar-benar berjaya memudarkan kesan tatu itu.

“Saya suka dengan hasilnya dan bersyukur dengan rawatan yang dibuat. Saya rasa lebih baik sekarang dan nampak lebih cantik.

“Saya ingat saya akan hidup dengan kening begini sepanjang hidup. Sekarang, saya hanya perlu bersabar menunggu ia pulih,” katanya.

Beginilah sikap wanita, sudah ada kening cantik mahu diubah.. akhirnya terus jadi buruk. Buat wanita Islam, mentatu kening adalah haram! –KLICK.MY