Sensasi Terkini Viral

Mahu Bergurau Namun Akhirnya Impian Jadi Kenyataan

Seorang pemuda bernama Rafael Nonog Gomez dari Filipina tidak menyangka impiannya untuk ke Pulau Boracay menjadi kenyataan.

Pada mulanya dia berkongsi gambar di Facebook dengan niat untuk bergurau. Namun gurauannya itu mendatangkan rezeki yang tidak sangka-sangka.

 

Pulau Boracay ialah destinasi terkenal dan cantik di kalangan pelancong sama ada luar dan dalam. Keindahan pulau tersebut menjadi impian setiap orang.

Begitu juga dengan Rafael yang telah lama memasang impian untuk ke pulau ini namun kekangan kewangan hanya membuatkan dia hanya mampu berangan sahaja.

Justeru dia bergurau dengan memuat naik gambarnya sedang memegang gayung dan sebelah pula terdapat sebuah baldi yang mengandungi air.

Manakala di hadapannya pula adalah sebuah lukisan yang memaparkan keindahan pulau Boracay. Gambar tersebut menunjukkan seolah-olah dia sedang mandi air laut di pulau berkenaan. Namun tujuan asalnya hanyalah untuk bergurau.

Gambar yang dikongsinya itu mula tular dan mendapat beribu-ribu like dan komen. Tanpa disangka seorang pengguna Facebook yang lain bernama Tong Yangco juga melihat gambar tersebut.

Tong membuat keputusan untuk merealisasikan impian Rafael walaupun dia tidak mengenali pemuda itu. Kemudian dia memohon kepada netizen untuk membantu dia mencari Rafael.

Tong mahu menaja percutian ke Pulau Boracay kepada Rafael dan lebih mengharukan, Rafael dibenarkan membawa rakan-rakannya.

Ramai netizen memuji keprihatinan Tong. Menakala Rafael pula sangat terharu dan berterima kasih kepada Tong kerana menjadikan impiannya satu kenyataan.

Bertuahnya Rafael kerana dapat pergi bercuti ke tempat yang diimpikan. Semoga lebih ramai insan yang mulia seperti Tong. –KLICK.MY