Hiburan

Maher Zain Bakal Buat Konsert Jelajah Malaysia, Lancar Dua Single Baharu

TIGA tahun yang lepas, penyanyi antarabangsa Maher Zain datang ke Malaysia membuat persembahan sempena kemunculan album berjudul One.

Kali ini, pada tahun 2019 Maher sekali lagi datang ke negara ini untuk mengadakan konsert jelajah Malaysia.

Malah, penyanyi itu juga akan mengeluarkan dua single pada  tahun ini sebagai persediaan pelancaran sebuah album pada 2020.

Penyanyi itu akan memulakan jelajahnya di Malaysia dengan persembahan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 9 Mac, diikuti Stadium Pasir Gudang, Johor (15 Mac), SPICE Arena, Pulau Pinang (16 Mac) dan Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Mac.

Mengenai konsert itu, artis R&B tersebut mengesahkan beliau akan bekerjasama dengan penyanyi tempatan namun enggan mendedahkan siapa yang bakal berkongsi pentas dengannya.

Maher dikenali dengan lagu-lagu seperti Insha Allah, Thank You Allah dan  Palestine Will Be Free daripada album perdananya, terbutan 2009. –KLICK.MY