Hiburan Terkini Viral

Mael XPDC Ditemui Rebah Tidak Sedarkan Diri

Menurut laporan daripada Utusan Online, vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama penuhnya Syed Ismail Syed Ibrahim ditemui rebah tidak sedarkan diri di rumahnya.

Kata sumber yang mahu dikenali sebagai Mad Rox, penyanyi itu dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor dan kini berada di wad kecemasan sementara menanti rawatan selanjutnya.

Mael dikatakan rebah di rumahnya kerana terlalu lemah gara-gara tidak makan disebabkan penyakit gout yang dihidapinya

Menurutnya lagi, buat masa ini, anaknya, Syed Israfil telah dimaklumkan keadaan yang menimpa ayahnya dan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Muar.

Semoga tiada apa yang serius berlaku kepada penyanyi popular era 90-an ini-KLICK.MY