Semasa

“Macam Tak Percaya Sudah Setahun”

Anzalna telah memuat naik gambar perkahwinannya di Instagram kerana dia seperti tidak percaya perkahwinannya bersama suami, Muhammad Hanif sudah mencecah usia setahun.

Mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 yang lalu, Anzalna dan suami kini sedang meniti hari-hari bahagia.

Walaupun masih belum dikurniakan anak, mereka tetap bahagia dan menganggap semua itu rezeki daripada Allah.

Wah, agak-agaknya di manalah mereka akan menyambut ‘anniversary’ kan. Betul kata Anzalna, sekejap je masa berlalu dan rasanya baru sahaja mereka mendirikan rumah tangga. Cepat benar masa berlalu.

Rata-rata peminatnya mengucapkan ‘happy anniversary’ kepadanya. Malah ada juga yang mendoakan pasangan ini dikurnikan anak pada tahun ini.

Kami di sini juga ingin mengucapkan ‘happy anniversary’ dan moga cepat-cepat dikurniakan anak.-KLICK.MY