Hiburan

“Macam Kartun Naruto”-Netizen Kritik Pakaian Neelofa

TIDAK pernah lekang daripada kontroversi, sekali lagi Neelofa dikecam hebat oleh netizen gara-gara mengenakan pakaian yang dianggap tidak sesuai ketika hadir dalam satu acara fesyen.

Pengacara program MeleTop ini menampilkan gaya fesyen bersama jaket dengan seluar berwarna oren dipadankan dengan turban dan ‘pouch bag’ besar di pinggang.

Pelbagai komen dilontarkan netizen terhadap gayanya itu yang dimuat naik foto menerusi akaun Instagramnya.

Ada netizen yang meluahkan perasaan terkejut malah menyamakan fesyen tersebut dengan kartun Naruto versi muslimah kerana bajunya yang berwarna oren.

Selain itu ada juga yang menyamakannya dengan ‘wardrobe malfunction’, mangsa fesyen dan mempersoalkan mengapa pemilik bisnes tudung Naelofar Hijab itu sanggup berfesyen sedemikian.

Sungguhpun begitu, tidak semua mengkritik. Ada juga netizen memuji kecantikan Neelofa dengan gaya tersebut selain menyukai dan memahmi fesyen yang ditampilkan.

Neelofa sebelum ini menjadi duta untuk satu kempen anti buli mengkritik tindakan netizen yang melemparkan komen negatif di media sosial. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.