Sensasi Terkini Viral

Lucu, Romeo Beckham Samakan Baju Victoria Dengan Lobak

Siapa yang tidak kenal dengan Victoria Beckham. Dia adalah isteri kepada seorang pemain bola sepak terkenal, David Beckham. Selain itu dua juga bekas penyanyi kumpulan Spice Girls dan juga pereka fesyen terkenal.

Sebagai pereka fesyen, sudah tentulah dia sentiasa memakai pakaian yang trendy dan cantik. Malah, dia juga mempunyai jenama pakaian sendiri iaitu Victoria Beckham Collection.

Setiap kali tampil di tempat umum, gayanya sering mendapat perhatian. Tidak pernah lekang denngan kaca mata hitam besarnya yang menjadi trademark dirinya.

Namun, baru-baru ini satu kejadian yang boleh dikatakan agak melucukan terjadi. Ibu kepada empat orang anak telah dikritik oleh anaknya sendiri berkenaan dengan pakaian yang digayanya.

Dikatakan Victoria mengenakan baju berlengan panjang berwarna jingga dan seluar panjang hijau adalah kerana ingin mempromosikan koleksi musim panas jenamanya.

Tapi kelakarnya, anak dia iaitu Romeo telah menjadikan perkara itu sebagai bahan jenaka dengan memuatnaik sekeping gambar yang menyamakan ibunya seperti sebatang pen berbentuk lobak merah dengan karekter seekor arnab bernama Judy Hopps menerusi filem Zootopia.

Biarpun hanya menggunakan kapsyen ringkas Hilarious!’, perkara itu tetap mengundang kelucuan buat netizen kerana perbandingan itu dilihat hampir sama! –KLICK.MY