Sensasi Terkini Viral

Lucu, Pembaca Berita Terkejut Tidak Sedar Kamera Kembali Kepadanya

Reaksi spontan dan terkejut seorang pembaca berita boleh dikatakan melucukan. Kejadian melucukan ini terjadi ketika pembaca berita ABC News 24, Exelby membaca berita secara langsung.

Dia yang ketika itu sedang menunggu kamera kembali fokus kepadanya leka bermain pen tidak menyedari bahawa kamera sudah kembali kepadanya.

Dalam beberapa saat barulah dia tersedar dan terus menunjukkan reaksi wajah terkejut namun meneruskan pembacaan ke bahagian sukan.

Insiden itu mendapat liputan meluas media di sana. Namun, ini bukanlah kejadian pertama melibatkan pembaca berita ini kerana pada tahun 2013 dia pernah tergelak ketika membaca berita tentang satu tragedi yang tragis.-KLICK.MY