Sensasi Terkini Viral

Lubang Arnab Bawa Kepada Penemuan Gua 700 Tahun

Siapa menduga siapa menyangka pada luarannya hanyalah lubang arnab yang tidak membawa erti apa-apa. Namun, di sebalik lubang tersebut tersimpan khazanah dan rahsia berusia ratusan tahun.

Segala-galanya bermula apabila seorang jurugambar, Michael Scott dari Birmigham memulakan misi pencarian kawasan itu selepas melihat satu video di internet.

Lubang arnab tersebut membawa kepada penemuan gua berusia 700 tahun yang digunakan oleh pengikut Knight Templar satu ketika dulu.

Menurut jurugambar berusia 33 tahun itu, dia akui pencarian tersebut meletihkannya namun berbaloi. Keadaan gua tersebut amat menakjubkan dan rasa seperti kuil bawah tanah.

Walaupun agak sempit,ia tidak menghalang untuk Michael menerokai keajaiban tersebut. Peluang tersebut digunakan sebaik mungkin dengan mengambil gambar setiap sudut yang ada.-KLICK.MY

Tag