Semasa Sensasi Terkini

London LGBT Festival Bakal Adakan Majlis Berbuka Puasa Di Kalangan Gay

Bulan Ramadan yang bakal tiba beberapa minggu lagi pastinya ditunggu-tunggu oleh masyarakat beragama Islam seluruh dunia.

Pelbagai perancangan dilakukan untuk menyambut bulan yang mulia itu. Namun, agak berbeza keadaannya di London apabila kumpulan yang terdiri daripada golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender)  mahu mengadakan satu acara yang dipanggil ‘Big Gay Iftaar’ atau majlis berbuka puasa.

Kumpulan minoriti ini akan mengadakan satu festival yang dikenalii sebagai London LGBT Festival setiap tahun pada musim panas.

Mereka berkata acara itu akan membawa bersama-sama Islam dan LGBT serta masyarakat untuk berbuka puasa pada Ramadan nanti.

Acara tersebut akan diadakan di Gereja St Andrew, Southwark pada 24 Jun nanti. Tambah mereka lagi, tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Selain itu juga, mereka yang hadir dapat belajar tentang agama, budaya dan seksualiti antara satu sama lain dan menyebarkan kasih sayang yang begitu diperlukan oleh masyarakat dunia.

Acara ini juga terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang atau seksualiti. Idea mengadakan majlis ini tercetus setelah Datuk Bandar London, Sadiq Khan dan wakil LGBT bekerjasama mengadakan perarakan Pride atau perakakan gay pada tahun lepas.

Homoseksual adalah perbuatan yang salah dan haram dalam Islam dan mempromosikan gaya hidup songsang itu juga tidak dibenarkan.

Idea tersebut mendapat reaksi berbeza. Ada yang tidak setuju dan ada juga yang bersetuju.-KLICK.MY