Semasa

Lisa Surihani Dilantik Duta UNICEF

Sesuai sangatlah Lisa Surihani dilantik menjadi duta terbaru Dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Kanak-Kanak (UNICEF) kerana dia memang sukakan kanak-kanak.

Menurut Lisa dia begitu berbangga kerana pihak UNICEF Malaysia menawarkan peluang itu kepadanya.

Malah katanya sejak bergelar ibu perasaannya terhadap kanak-kanak semakin sensitif terutamanya apabila terbaca di dada akhbar kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak.

Hamil anak kedua, Lisa berkata dia akan terus menggunakan laman sosial untuk berkempen tentang kesedaran mengenai perlindungan kanak-kanak.

Dalam laman Instagramnya, Lisa turut memuatnaik gambar-gambar sekitar majlis tersebut. Malah, Yusry juga turut hadir. Amboi, romantiknya pasangan ni bergambar. Sweet sangat!

Walaupun sedang hamil anak kedua, Lisa tetap kelihatan cantik dan anggun. Lisa dijangka akan bersalin bulan April ini dan pastinya peminat setia pelakon cantik ini tidak sabar menunggu saat manis itu.-KLICK.MY