Hiburan Sensasi Terkini Viral

Lindsay Lohan Pakai Burkini Ketika Bercuti Di Phuket

Pelakon popular dunia, Lindsay Lohan mencetuskan kontroversi sekali lagi apabila berkongsi gambar percutiannya di Thailand dengan memakai baju renang burkini.

Burkini merupakan baju renang untuk wanita muslimin yang mahu menutup aurat. Sebelum ini, wanita ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengakui sedang mempelajari al-Quran.

Dia dilihat dilitupi dengan pakaian daripada kepala sehinggalah kaki sewaktu sedang berlatih di atas papan luncur sebelum beralih ke dalam air yang dalam.

Kepala Lindsay Lohan dilihat ditutup dengan tudung hitam dan telinganya juga disembunyikan. Baju renang lengan panjang paras pahanya dipadankan dengan seluar hitam yang agak longgar.

Situasi ini pasti membuatkan peminat terus tertanya-tanya apakah agama yang dianuti oleh pelakon popular ini kerana kata muktamad masih belum keluar daripada mulut empunya diri.

Apa-apapun, dia kelihatan manis dan sopan menutup aurat. Kita doakan sahaja moga dia diberi hidayah secepat mungkin.-KLICK.MY