Semasa Terkini Viral

Lewat Sehari Bayar Sewa Rumah, Terus Dihalau Keluar!

Gara-gara bayar sewa lewat sehari, seorang lelaki dihalau keluar oleh tuan rumah. Kesal dengan tindakan tuan rumah, penyewa yang dikenali sebagai Aidil Hj Haron telah memuatnaikkan perbualannya bersama tuan rumah menerusi WhatsApp.

Menerusi perbualan itu, dapat dilihat bagaimana tegasnya tuan rumah tanpa tolak ansur apabila penyewa melanggar perjanjian walaupun hanya lewat sehari.

Menurut Aidil, sebelum dia menyewa rumah tersebut, awal-awal lagi dia sudah maklumkan kepada tuan tumah dia hanya boleh bayar pada setiap 5 haribulan kerana pada tarikh itu gajinya akan masuk.

Kebetulan pada 5 haribulan gajinya masuk belah malam jadi dia tidak dapat membayar tepat pada waktunya. Apa lagi mengamuklah tuan rumah walaupun sehari sahaja lewat kerana kalau boleh dia mahu penyewa itu membayarnya pada setiap 25 haribulan.

Bertekak punya bertekak akhirnya tuan rumah memutuskan untuk Aidil mencari rumah sewa lain kerana katanya dia tidak pernah dapat penyewa yang lambat bayar sebelum ini.

Itu satu hal tetapi apabila Aidil sudah keluar dan mahu meminta deposit, tuan rumah pula seperti berdolak dalih.

Masalah yang dihadapi oleh penyewa dan tuan rumah ini mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen. Ada yang menyokong Aidil dan sebaliknya.

Moga-moga dua insan ini berbaik semula kerana bab kata pepatah yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.-KLICK.MY