Luar Negara Semasa Sensasi Viral

Lewat 2 Minit Bezakan Antara Hidup dan Mati

Seorang lelaki warganegara Greek bernama Antonis Mavropoulus sepatutnya menaiki pesawat malang Ethiopian Airlines penerbangan ET302 yang dijadualkan berlepas dari ibu negara Ethiopia, Addis Ababa pada jam 8.38am (waktu tempatan) dan hilang dari radar menara kawalan, 6 minit selepas berlepas. Pesawat tersebut kemudiannya dijumpai terhempas.

Ketika semua ahli keluarga mangsa berduka dengan tragedi tersebut, Antonis Mavropoulus boleh menarik nafas lega kerana beliau terlewat tiba 2 minit di pintu perlepasan serta dihalang oleh pegawai bertugas untuk menaiki pesawat.

Terjemahan kapsyen di Facebook peribadi beliau berbunyi begini,

“Saya berlari untuk mengejar penerbangan saya – pesawat ET302 Addis Ababa ke Nairobi – yang terhempas 6 minit setelah berlepas. Saya risau akan terlepas penerbangan tersebut kerana tiada sesiapa yang membantu saya untuk menaiki pesawat tersebut pada waktu yang tepat. Apabila sampai, saya telah terlewat 2 minit dari waktu ‘boarding’, pintu perlepasan telah ditutup dan saya hanya dapat melihat beberapa penumpang pesawat sedang melaui jambatan menuju ke pesawat.”

” Saya menjerit ke arah mereka untuk membenarkan saya menaiki pesawat, tetapi pegawai bertugas tidak membenarkannya. Lebih-lebih lagi kerana saya tidak mendaftar masuk sebarang bagasi/beg. Jika adan mereka mungkin akan menunggu 10 hingga 15 minit lagi.”

Antonis mengakhiri kapsyen Facebook beliau dengan ayat berikut,

“Percayalah, ini adalah yang pertama kali saya berasa sangat bersyukur untuk menulis di Facebook. Saya bersyukur kerana masih hidup dan saya mempunyai ramai rakan yang membuatkan saya merasakan kasih sayang mereka”

Penerbangan ET302 yang membawa 149 penumpang (dari 33 negara berbeza) dan 8 krew penerbangan terhempas pada 8.44am (1ohb Mac 2019) dan kesemuanya dikhuatiri terkorban.

Takziah Admin ucapkan kepada semua ahli keluarga mangsa. Dikhabarkan seorang warga negara jiran kita, Indonesia juga salah seorang penumpang pesawat malang tersebut.

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.