Sensasi Terkini Viral

Lelaki Tua Ditengking Kerana Mahu Berkongsi Meja

Situasi biasa kalau kita melihat orang berebut-rebut mendapatkan meja untuk makan di medan selera atau hentian R&R terutamanya kalau ramai orang.

Malah ada yang terpaksa menanti lama atau berkongsi meja dengan orang yang tidak dikenali.

Namun, apa yang terjadi di sebuah medan selera di Singapura boleh dijadikan pengajaran.

Sejak semalam sebuah video menunjukkan seorang lelaki tua ditengking dan ditolak oleh pasangan muda tular di laman sosial.

Video ini telah dimuat naik oleh The Local Society di laman Facebook pada Ahad lepas.

Pada permulaan klip ini, seorang wanita dilihat sedang menjerit pada seorang lelaki tua yang dikatakan mahu mengambil mejanya.

Dalam keadaan medan selera yang sesak dan kebanyakan meja penuh, lelaki tua berkenaan mencari mana-mana meja yang kosong.

Kemudian dia ternampak sebuah meja kosong dan bertanyakan kepada wanita tersebut berapa ramai orang yang duduk di meja itu.

Namun, wanita terbabit terus menjerit dan memarahinya agar pergi dari meja itu dan tidak mahu lelaki tua tersebut mengambil meja yang sudah ditempah olehnya.

Padahal, lelaki tua itu hanya mahu duduk di satu kerusi sahaja. Kemudian datang pula seorang lelaki muda yang merupakan pasangan wanita itu dengan kasar menolak lelaki tua berkenaan.

Mujur selepas itu datang seorang lelaki berbaju hitam yang dikatakan duduk di sebelah meja itu dan menawarkan tempat duduk kepadanya.

Nampak gayanya pasangan muda ini tidak mempunyai adab dan sombong. Nasib baik ada lagi insan yang baik sudi memberi duduk kepada lelaki tua tersebut.-KLICK.MY