Luar Negara

Lelaki Terkejut Cerek Elektrik Yang Dibeli Ada Anak Ular Spesis Corn

ALANGKAH terkejutnya seorang lelaki yang juga pemburu barangan murah selepas mendapati cerek elektrik yang dibelinya di sebuah kedai di sini didatangkan bersama seekor anak ular spesies Corn yang masih hidup.

Barry Downes dari Paddington di sini mendakwa dia membeli produk berkenaan pada 28 Disember lalu ketika promosi jualan murah sempena sambutan perayaan Krismas.

Dia cuma menyedari kehadiran reptilia itu selepas mengeluarkan cerek elektrik daripada kotak dan membancuh teh.

“Saya membuat secawan teh dan menikmatinya. Sebaik kembali ke dapur, saya menyedari ada satu objek bergerak di lantai lalu membuangnya ke dalam tong sampah tetapi ia mula menggeliang-geliut,” katanya.

Downes kemudian menangkap anak ular itu dengan menggunakan penutup periuk sebelum menghubungi Agensi Diraja Bagi Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan untuk bantuan. –KLICK.MY