Luar Negara Terkini

Lelaki Tanggung Azab, Punggung Tertusuk Batang Buluh

ALANGKAH sakit azab yang terpaksa ditanggung oleh seorang lelaki di China apabila punggungnya tertusuk batang buluh ketika melompat dari sebuah jambatan di Suining.

Nasib baik ajalnya masih panjang kerana kemalangan itu tidak meragut nyawanya.

Punca kejadian dikatakan berlaku selepas lelaki berkenaan selesai memasang papan iklan berhampiran jambatan sebelum melompat turun.

Dia kemudiannya terjatuh ke dalam kawasan semak sebelum punggungnya tertusuk.

Mangsa terpaksa mendapatkan pertolongan anggota bomba yang memotong sebahagian buluh terbabit sebelum menghantarnya ke Hospital Daerah Shehong, China. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.