Luar Negara Terkini

Lelaki Tanggung Azab 10 Hari, Lintah Masuk Dalam Hidung

BERHATI-HATILAH ketika mandi di sungai atau parit kerana pelbagai perkara boleh berlaku tanpa disedari.

Seorang lelaki dari China berdepan detik menyeksakan apabila seekor lintah memasuki hidungnya.

Lintah tersebut dipercayai telah ‘mendiami’ hidungnya selama 10 hari. Lelaki berusia 51 tahun ini pada mulanya merasakan sesuatu yang tidak kena pada hidungnya.

Kemudian dia pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ketika ke hospital, dia tidak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hidungnya, kecuali isterinya melihat sesuatu ‘menjenguk’ dari lubang hidungnya itu.

Susulan itu, Dr Liu Xiongguang dari Hospital Beihai People’s di selatan China berusaha melakukan prosedur bagi mengeluarkan parasit itu.

Jururawat yang membantu doktor berkenaan untuk mengeluarkan lintah itu hampir pengsan melihatnya.

Masih tidak diketahui bagaimana lintah itu boleh masuk ke hidung lelaki itu. Lelaki itu percaya ia berlaku ketika dia berenang di sungai.

Saiz lintah itu yang berlipat ganda ketika ditarik keluar dipercayai kerana ia telah berkali-kali menghisap darah lelaki itu. –KLICK.MY

 

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.