Sensasi Terkini

Lelaki Miang Cium Makcik ‘Cleaner’ Dirakam CCTV

Perkara pelik dan China berpisah tiada. Agaknya di negara ini memang menjadi lubuk perkara-perkara di luar kotak pemikiran sering terjadi.

Baru-baru ini, rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki miang secara tiba-tiba mencium seorang cleaner yang sudah layak digelar makcik menjadi tular.

Kejadian tersebut berlaku ketika makcik cleaner itu sedang menaiki eskalator di sebuah stesen keretapi bawah tanah sekitar jam 10 pagi di Bandar Suzhour, Wilayah Jiangsu.

Lelaki miang itu yang berada di belakangnya secara tiba-tiba menciumnya sehingga menyebabkan makcik itu terkejut.

Dilaporkan, mangsa yang merupakan tukang cuci di stesen keretapi berkenaan masih berada dalam keadaan trauma gara-gara insiden mengejut itu. Dia dikatakan telah membuat laporan polis dan kini berehat di rumah.

Susulan kejadian itu, stesen kereta api bawah tanah telah menukar pekerja kebersihan daripada wanita kepada lelaki. -KLICK.MY