Sensasi Terkini Viral

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Isyak Di Masjid

Seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang mendirikan solat Isyak di Masjid Al Ittihad, Tebet, Jakarta Selatan, semalam.

Lelaki yang bernama Izhar Wicaksana itu meninggal dunia ketika sedang sujud rakaat kedua secara berjemaah.

Dalam rakaman litar tertutup (CCTV), Wicaksana kelihatan mengenakan pakaian berwarna biru sedang sujud sehingga solat selesai.

Menurut saksi yang berada berdekatan Wicaksana, dia melihat pemuda tersebut sempat terjatuh pada rakaat pertama.

Setelah terjatuh, Wicaksana sempat berusaha untuk duduk bagi menghabiskan solatnya. Walaupun agak sulit untuk duduk, dia tetap cuba bertahan dan meneruskan rakaat pertamanya.

Namun ketika sujud rakaat kedua, Wicaksana tidak bangun lagi dari sujudnya hinggalah jemaah lain selesai solat.

Tidak lama kemudian Jemaah mula menyedari dan mendekatinya beramai-ramai untuk mengetahui apa yang berlaku.

Para jemaah kemudian menelentangkannya. Kebetulan ada doktor di situ dan terus memeriksanya. Namun, sudah terlambat kerana dia telah meninggal dunia.

Menurut wakil pihak masjid, Wicaksana sedang merancang untuk menunaikan umrah pada 10 hari terakhir Ramadan iaitu pagi ini (Rabu-14 Jun 2017) namun tidak sempat.

Walaupun Wicaksana tidak sempat menunaikan umrah, namun kematiannya dalam bulan Ramadan yang mulia dan ketika sujud di hadapan Allah SWT menjadi dambaan setiap muslim. –KLICK.MY