Jenayah Terkini

Lelaki Maut Ditembak Di Hadapan Sekolah, Seorang Cedera

SEORANG lelaki maut, manakala seorang lagi cedera di bahu selepas ditembak dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Seri Serdang, Serdang petang semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 5.50 petang itu,  kedua-dua mangsa terbabit dipercayai sedang menunggu untuk mengambil anak mereka di luar perkarangan sekolah tersebut.

Menurut saksi awam yang enggan dikenali,  terdapat dua lelaki memakai topi keledar menunggang motosikal dan melepaskan lima das tembakan ke arah mangsa berkenaan.

Setakat ini, nombor pendaftaran dan jenis motosikal dinaiki suspek tidak dapat dipastikan sehingga siasatan menyeluruh dijalankan.

Mangsa memakai seluar jeans biru dan t-shirt putih berada dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan dipercayai lebih daripada tiga das.

Difahamkan Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Mohd Rusdi Daud akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. –KLICK.MY

Sumber: Sinar Harian / HM Online

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen