Sensasi Terkini Viral

Lelaki Ini Ceraikan Isterinya Kerana Tidak Mempunyai Alat Kelamin

Seorang lelaki bernama Alejandro muncul di sebuah rancangan televisyen di Sepanyol bersama isterinya, Tania.

Namun, apa yang mengejutkan lelaki berkenaan telah menuntut perceraian daripada isterinya.

Lebih mengejutkan lagi, alasan dia mahu menceraikan isterinya kerana wanita yang dikahwini itu tidak mempunyai vagina atau alat kelamin.

Menurut Tania, dia memang dilahirkan tanpa alat kelamin atau lebih dikenali sebagai sindrom rokitansky. Mana-mana wanita yang lahir dengan sindrom ini sama ada alat kelaminnya kecil atau tiada langsung.

Dalam tuntutan perceraian tersebut, Alejandro menjelaskan bahawa dia dan Tania telah berkenalan selama setahun sebelum berkahwin.

Pada malam pertama perkahwinan mereka, Tania cuba mengelak dari melakukan hubungan intim. Menurut Tania, ketika dia bertunang dengan Alejandro, dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan untuk membentuk alat kelamin.

Kemudian katanya lagi, selepas pembedahan itu dia bermimpi menjadi seorang isteri dan menjalankan tugasnya sebagai isteri.

Pada malam pertama mereka, Tania merasakan begitu terseksa dan sakit sehingga menangis. Dia tertekan kerana gagal menjadi seorang isteri dan melayani suaminya.

Ketika itulah Tania memanggil ibunya untuk membantu dan hal itu terus diketahui oleh suaminya. Menurut Tania ini adalah amalan biasa buat pesakit rokitansky yang baru menjalani pembedahan menggunakan objek berbentuk silinder untuk membentuk laluan.

Hal tersebut disalah anggap oleh suaminya dan segala rahsia mula tersingkap. Menurut Tania, walaupun suaminya mahu menceraikannya, dia tetap mencintai lelaki tersebut.-KLICK.MY