Luar Negara Terkini

Lelaki Hilang Penglihatan, Mata Dikorek Guna Sudu Oleh Bapa Sendiri

SEAKAN-AKAN filem Ibu Mertuaku di mana Kasim Selamat membutakan matanya sendiri menggunakan sudu dan garfu kerana kecewa ditipu oleh ibu mertua dan isterinya.

Begitulah yang terjadi di Pakistan namun jalan ceritanya agak berbeza. Seorang lelaki hilang penglihatan selepas matanya dikorek keluar menggunakan sudu oleh bapa dan empat adik beradiknya.

Abdul Baqi sebelum kejadian.

Kejadian itu berlaku ketika Abdul Baqi, 22, dari perkampungan Nasirabad di wilayah Balochistan telah meminta keluarganya menghantar rombongan meminang teman wanitanya.

Namun permintaan itu mencetuskan kemarahan bapanya, Dost Muhammmad, 70, dan empat adik beradik lelakinya iaitu Abdul Ghani, Abdul Sattar, Abdul Rehman dan Abdul Karim.

Mereka didakwa mengurung mangsa di dalam sebuah bilik dan mengorek keluar matanya tanpa belas kasihan.

Malah, semua suspek turut mengurung ibu mangsa di dalam bilik berlainan supaya dia tidak mencampuri urusan tersebut.

“Saya memberitahu bapa dan adik beradik lelaki yang lain bahawa saya mahu bernikah dengan kekasih saya.

“Bapa saya pada awalnya bersetuju. Namun tiga jam kemudian dia bawa saya masuk ke dalam bilik dan empat adik beradik yang lain mengikat saya di atas katil.

“Mereka kemudian mengorek keluar mata saya. Saya menjerit meminta tolong tetapi tidak diendahkan,” kata Bagi.

Meskipun saya merayu supaya perbuatan itu dihentikan, mereka tetap bertindak mengorek keluar sebelah lagi mata saya.

Baqi dikejarkan ke hospital oleh adik beradiknya dengan doktor mengesahkan dia buta seumur hidup.

Polis telah menahan bapa Baqi dan dua adik beradiknya selain memburu dua yang lain yang masih bebas. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen