Terkini Viral

‘Pembuat Sup’ Bunuh, Larut Ratusan Mangsa Guna Asid

Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Pelbagai cara digunakan pembunuh untuk menghilangkan bukti.

Di Mexico, seorang pembunuh upahan mempunyai cara tersendiri untuk melupuskan bukti dengan menggunakan asid.

Polis menemui sisa mayat sekurang-kurangnya 240 orang yang dipercayai menjadi mangsa bunuhnya.

Menggunakan asid, kesemua mangsa dilarutkan di dalam tong sebelum dibuang ke dalam sebuah kubur besar.

Pembunuhan kejam itu dilakukan Santiago Meza Lopez atau dikenali sebagai El Pozolero yang bekerja untuk kartel dadah Sinaloa di Mexico.

El Pozolero turut digelar ‘The Soup Maker’ (Pembuat Sup) dek kerana cara pembunuhannya yang kejam itu.

Siasatan mendapati kemungkinan terdapat 650 mangsa telah ditanam di sekitar kawasan dikenali sebagai The Chicken Coop yang terletak di Tijuana.

Sebelum ini, Lopez pernah ditahan pada 2009 selepas disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan sekurang-kurangnya 300 orang tetapi sehingga kini hukuman untuknya masih belum dijatuhkan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen