Terkini Viral

Lelaki Bangladesh Ditahan, Bogel Dalam Pesawat Malindo

SAMA ada gila seks atau mental, seorang lelaki warga Bangladesh ditahan pihak berkuasa ketika penerbangan Malindo dari Kuala Lumpur ke Dhaka pada Sabtu lalu kerana tidak berpakaian dan menyerang seorang pramugari.

Insiden tersebut berlaku dalam penerbangan OD162. Lelaki berusia 20 tahun yang dikatakan pelajar dari sebuah universiti di Cyberjaya itu didakwa melakukan masturbasi di tempat duduk sambil menonton pornografi menerusi komputer ribanya.

Menurut beberapa saksi, lelaki itu juga berjalan ke tandas dalam keadaan tidak berpakaian selain turut membuang air kecil di tempat duduknya.

Melihat kejadian tersebut seorang pramugari menegurnya supaya memakai pakaian. Malangnya selepas ditegur lelaki itu mula bersikap agresif dan menyerang pramugari berkenaan.

Berikutan keadaan di luar kawalan, lelaki itu ditahan oleh penumpang lain di pesawat dengan mengikat tangannya menggunakan kain.

Beberapa gambar lelaki yang tidak berpakaian itu tersebar di media sosial termasuk aplikasi mudah alih WhatsApp.

Menurut wakil Malindo, penumpang berkenaan dibawa oleh pasukan keselamatan Dhaka semasa ketibaan sebelum ditahan.

“Berkenaan dengan insiden seorang penumpang yang mencetuskan gangguan dalam penerbangan OD162 ke Dhaka pada 3 Mac, anak kapal telah mengikut prosedur operasi standard untuk menahan penumpang bagi mengelakkan sebarang gangguan berlaku terhadap kru dan penumpang.

“Kami akan terus memastikan penumpang menaiki penerbangan dengan lancar,” tulis pihak Malindo dalam satu kenyataan di laman Facebook syarikat itu.

Dalam kapal terbang yang dipenuhi orang pun masih tergamak berbogel dan menonton video porno. Orang seperti ini perlu diperiksa tahap kesihatan mentalnya agar tidak berlaku perkara buruk di masa akan datang. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.