Jenayah Sensasi Terkini Viral

Lelaki Algeria Dipenjara 2 Tahun, Gantung Budak Demi 1,000 Likes

Hanya kerana nak mendapatkan 1,000 likes di Facebook, seorang lelaki di Algeria sanggup menggantung seorang kanak-kanak di tingkap dari tingkat 15 sebuah rumah apartmennya.

Lelaki itu memuat naik foto dia memegang bayi tersebut di bahagian baju dengan berkata: ‘1,000 likes atau saya jatuhkan dia.’

Setelah orang ramai melaporkan perkara itu kepada pihak polis, dia ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Tertuduh yang juga saudara kepada bayi terbabit, mengaku tidak bersalah meletakkan nyawa bayi itu dalam bahaya.

Lelaki itu juga mendakwa foto itu telah dimanipulasi dan balkoni dalam foto itu sebenarnya mempunyai pagar.

Bapa kepada bayi terbabit meminta mahkamah supaya memaafkan lelaki terbabit dengan berkata dia cuma bermain-main.

Bagaimanapun, hakim tidak menerima permintaan itu sambil berkata foto itu dengan jelas menunjukkan bayi itu dalam bahaya. –KLICK.MY

Sumber: BBC