Hiburan Terkini

Lancar Produk Di The Zouk, Neelofa & Noor Nabila Mohon Maaf

TEGURAN demi teguran, kecaman demi kecaman diterima pengacara dan pelakon Neelofa serta kakaknya Noor Nabila selaku Pengarah Urusan Naelofar Hijab, berhubung kontroversi melancarkan produk hijab di kelab malam The Zouk, Isnin lalu.

Paling mengejutkan, pengikut di Instagram Neelofa dilaporkan berkurangan secara mendadak sebanyak 100,000 iaitu daripada 5.5 juta menjadi 5.4 juta selepas kontroversi tersebut.

Neelofa dan Noor Nabila akhirnya akur bahawa pemilihan lokasi bagi pelancaran hijab yang dibuat oleh mereka telah menimbulkan kekecohan dan perdebatan dalam kalangan masyarakat.

Justeru kedua-dua beradik itu mengeluarkan kenyataan maaf yang dimuat naik di laman Instagram masing-masing, semalam.

Ini adalah kenyataan rasmi dari Naelofar Hijab yang ditulis Noor Nabila:

Sementara ini pula kenyataan Neelofa di laman Instagramnya:

“Selepas memahami dan meneliti situasi yang berlaku selepas acara pelancaran oleh Naelofar Hijab pada 26 Februari 2018, saya sejujurnya memohon maaf kerana menimbulkan kekecohan dan sentimen negatif berkenaan pemilihan lokasi acara tersebut.

Saya juga ingin berterima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh ramai pihak yang memahami situasi tersebut. Kami akan lebih memberi perhatian pada masa depan demi melindungai imej produk. Mara ke depan, kami akan memastikan kami terus memasarkan hijab kepada potensi sebenarnya bermula di sini.

Saya memikul tanggungjawab penuh atas semua keputusan yang dilakukan dan saya hanya belajar daripada kesilapan saya. Saya jauh dari sempurna dan saya hormati pendapat dan maklum balas semua. Saya benar-benar minta maaf. Terima Kasih.”

Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada pasukan Naelofar Hijab dan ahli perniagaan lain agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan serta sentiasa menitikberatkan faktor agama dan budaya rakyat Malaysia dalam apa jua tindakan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.